Name saya Ag Mohd
Dahlan @Awang mahu berkongsi serba
sedikit pengalaman, pengetahuan, pembelajaran, semasa saya mengikuti program 20-Hari Classic Challenge Course di Outward Bound Sabah (OBS).
Tanggal 15 Julai 2013, tarikh bersejarah dalam hidup saya sebagai salah seorang
peserta program Classic Challenge Course di OBS. Cerita saya bermula dengan penuh
kedinginan dan kekosongan. Wahhhhh!! Lucu pula rasanya mahu ingat semula telatah saya pada hari
pertama di OBS. CLIFFHANGER nama pilihan untuk kumpulan kami, rakan-rakan yang
lain pula ialah Uncle John@Jonathan, Elly, Jamie, Fast, Wan, Hilda, Dahlia, Jivan, Douglas.
Hari demi
hari berlalu semasa di OBS banyak mengajar saya tentang erti kehidupan, hidup
berdikari, cara berkomunikasi, bimbingan moral yang sangat baik dari instructor
tidak pernah saya lupa, thanks to our instructors Ira dan Leo. Pengalaman
yang paling menyeronokan yang tidak pernah saya lupa semasa merentas separa Banjaran Crocker, walaupun penat berjalan namun tetap diteruskan tolong-menolong depan-belakang. Keperihatinan dan rasa tanggungjawab jurulatih kami pada masa tersebut membuatkan diri saya dan ahli kumpulan yang lain kembali
bertenaga dan lebih bersemangat meneruskan aktiviti sehingga sampai ke destinasi.
Setelah empat
hari kami mengembara di hutan rimba bertemankan kehijauan alam semulajadi
berakhir dengan penuh makna. Indah rasanya berada di Banjaran Crocker yang penuh dengan kehijauan alam
yang di jaga rapi dari anasir yang tidak bertanggungjawab seperti pembalakan
haram, pembuangan sampah berleluasa, pembakaran hutan dan lain-lain lagi.
Pengembaraan kami tidak berakhir di situ kerana destinasi seterusnya kami pergi
ke Kampung Kaiduan di Daerah Papar. Selesai aktiviti di darat kami
diberi aktiviti di dalam air pula. Wahhhh!!!! Rasa semakin mencabar. Kami
diajar macam mana membuat rakit dan cara ikatan tali
yang betul. Kami dibahagi kepada dua kumpulan kecil dan meneruskan aktiviti berakit dengan penuh semangat. Dari pagi hinggalah ke petang kami menaiki
rakit dengan penuh cabaran, akhirnya kami sampai di kem OVAI di Kampung Kawang.
Keesokan harinya pula, kami meneruskan destinasi seterusnya daripada Kampung Simpudu sehingga ke muara sungai Papar di Kampung Pengalat. Aktiviti ini sangat
mencabar dari segi mental, kami semua stress apabila masuk kawasan paya
bakau dan ada yang sampai bertekak leher. Bermalam di pantai Kampung Pengalat
menjadikan kami sekumpulan kembali ceria apabila aktiviti luahan dilakukan, baik dan buruk
dari hati kami dapat kami kongsi bersama, terima kasih kepada jurulatih Johnny dan Leo. Semasa perjalanan pulang melalui Laut China Selatan dipenuhi dengan nyanyian yang merdu dan gembira. Setelah sampai ke OBS, kami terus ke aktiviti Solo Camp. Banyak pengajaran dan pengetahuan
yang dapat kami imbas kembali melalui semua aktiviti yang telah kami lakukan.
Saat yang
paling menyedihkan saya apabila tiba hari perpisahan dengan empat rakan dari
kumpulan kami iaitu Fast, Wan, Hilda dan Dahlia kerana mereka berempat tamat
lebih awal dari kami. Rasa sedih juga bila teringat saat Wan menangis tidak
sanggup berpisah dengan kami semua. Walaubagaimanapun enam orang 'survivor' yang lain perlu meneruskan program sehingga ke hari yang ke-20. Aktiviti kami seterusnya ialah kami di berikan tugasan mengurus satu syarikat penerbitan. Melalui aktiviti tersebut, kami di uji dari
segi ketahanan mental untuk mengurus perniagaan kami. Syukurlah kami dapat melaksanakan semua tugasan yang
di berikan dan kami dapat menghasilkan satu penerbitan dengan jayanya.
Seterusnya, gembira rasa
hati bila di beri peluang berjalan di bandar dan makan bersama-sama selepas aktiviti pencarian
khazanah bersejarah negeri Sabah. Keesokan harinya pula kami dibawa ke Rumah
Kanak-kanak Bondulu Toboh, Tambunan. Inilah pengalaman paling manis bagi saya selama ini
kerana kami diberi peluang membuat aktiviti bersama kanak-kanak di rumah tersebut. Setelah mendengar kisah-kisah hidup kanak-kanak di rumah tersebut, saya
rasa sangat sedih dan tumpang simpati kepada mereka semua kerana ada yang tiada ibu
bapa dari kecil, ada pula ditinggalkan ibu bapa kerana masalah rumah tangga
dan ada juga kerana faktor pendapatan yang rendah. Saya rasa sangat bersyukur
dengan apa yang saya ada sekarang ini, pada mulanya saya rasa saya ini sangat
susah dan jauh dari kasih sayang kerana saya pun sama seperti kanak-kanak di
Bondulu Toboh, iaitu anak yatim piatu, tetapi setelah
berkunjung ke rumah kanak-kanak Bondulu Toboh saya baru faham erti hidup dan
macam mana cara kita mahu memberi warna dalam kehidupan kita dari kegelapan
sehinggalah menjadi cahaya yang menerangi perjalanan hidup kita. Semangat hidup
dalam diri saya terbuka setelah berkunjung ke sana dan saya tidak akan lupa
inilah pengalaman paling manis dan bermakna dalam hidup saya.
Akhir sekali
dari cerita saya, bukan hanya sekeping sijil dan bukan hanya kekuatan fizikal
sahaja yang saya dapat dari program 20 hari CLASSIC CHALLENGE COURSE OUTWARD BOUND SABAH, tetapi yang paling
bermakna bagi saya ialah erti kehidupan, erti hidup berdikari, erti
persahabatan, erti kerjasama , erti bersyukur dan erti kasih sayang. Jutaan terima
kasih saya ucapkan kepada instructor yang telah membimbing kami dengan arif serta 'professional
skills' yang mereka kongsikan bersama kami sepanjang program ini di jalankan iaitu Instructor Ira
Farida dan Instructor Leo, tidak lupa juga kepada Instructor Johnny dan yang
lain.
Nama saya Awang, pensyarah yang paling mantap sekali...mai berdebat.
Berikutla, kawan-kawan kami yang meninggalkan kami pada hari yang ke-15.
Hasil ciptaan kami, syarikat baru Lighthouse meyebarkan maklumat dan berita hangat
dari Bilik Laporan Berita.
dari Bilik Laporan Berita.
Kami sempat lagi mengambil gambar dengan penjual kraftangan di KK semasa City Challenge.
Ditulis oleh Dahlan Del @ Awang.
Peserta Kursus 20 Hari CHC 15th July - 3rd August 2013
Peserta Kursus 20 Hari CHC 15th July - 3rd August 2013
No comments:
Post a Comment