Pada 15 Julai 2013, saya telah mengikuti satu aktiviti
mencabar di Outward Bound Sabah iaitu Classic Challenge Course (CCC) sehingga
03 Ogos 2013, yang mana mengambil masa selama 20 hari. Bukan hanya saya seorang
peserta aktiviti ini tetapi kesemuanya 10 orang yang terdiri daripada pelbagai
kaum dan bangsa di seluruh Malaysia. Peserta dari Sabah hanya 2 orang iaitu
diri saya sendiri dan Encik Ag. Mohd Dahlan, manakala yang lain dari Kuala
Lumpur, Sarawak dan Perak. Kepelbagaian kaum bukanlah halangan antara kami
untuk saling berkomunikasi dan mengenali antara satu dengan yang lain. Cina,
India, Melayu, Kadazan dan Brunei itulah kepelbagaian kaum yang wujud dalam
kumpulan yang kami namakan sebagai CLIFFHANGER!
Outward Bound Sabah (OBS) memberi kami peluang untuk
mengikuti aktiviti ini yang akhirnya membentuk kepimpinan yang mungkin
tersembunyi dan tidak pernah diasah selama ini serta kami lebih mengenali kemampuan
kami. Sememangnya cabaran adalah pilihan kita tetapi selagi kita tidak mencuba
selagi itu kita tidak tahu tahap kemampuan diri kita bukan saja dari segi
fizikal bahkan jua dari segi mentaliti kita. Pengalaman hanya boleh dikongsi
setelah kita mengalaminya sendiri, itu prinsip yang saya.
Biar pun telefon bimbit kami yang canggih tu terpaksa
diserahkan dalam jagaan jurulatih kami selama 20 hari, itu langsung tidak
menggugat semangat dan keyakinan kami untuk terus mencuba dan menyelesaikan
cabaran yang semakin hari semakin menguji kekuatan fizikal dan minda kami.
Namun begitu, tiada istilah BOSAN dan TIDAK BOLEH dalam melaksanakan kesemua
tugasan yang diberikan. Kami sentiasa bersemangat dan saling menyokong antara
satu sama lain. Tentulah banyak aktiviti yang boleh membuatkan kami berada di
tahap kesabaran tipis tetapi itu hanyalah sementara, berbanding banyak lagi
perkara di luar sana yang bakal kami tempuhi dan belum tentu ianya mencabar
seperti apa yang kami lakukan di sini.
Antara aktiviti mencabar yang kami lakukan adalah 'rope
course' iaitu 'rock climbing', 'tree climbing' dan 'flying fox'. Selain itu kami
berjaya menyudahkan ekpedisi merentasi Banjaran Crocker (trekking and hiking)
sejauh 25 km selama 4 hari 3 malam. Bah! Dari tidak pandai tengok peta dan
kompas, di sini terus pula pandai ni! Syoklah, sesat di hutan pun tidak takut
lagi sebab tahu sudah guna kompas kan! Sesudah itu, kami dihantar ke Sungai
Kaiduan, Papar untuk melakukan ekpedisi air iaitu 'rafting' yang jaraknya 10 km
dan mengambil masa 7 jam untuk tiba di 'check point' Kem Ovai, Papar. Seterusnya berkayak sejauh 17 km sehingga balik
semula di OBS. Fuh! Memang penat tu tapi tetap jua 'enjoy' bah! Our instructor,
Ira and Leo was very supportive, knowledgeable and act professionally in
handling people and tasks given. Proud of them!
Setiba di OBS kami meneruskan aktiviti refleksi diri dengan
solo camp. Wah! Yang ini memang best! Berkhemah dalam hutan seorang diri, tanpa
komunikasi dengan kawan-kawan. Apa yang perlu dilakukan hanyalah bermunasabah
diri sendiri, siapa diri kita dan apa objektif kita dalam hidup. Bagi saya solo
camp memang memberikan suatu ketenangan, bebas dari segala kebingitan
persekitaran, tiada gangguan langsung! Saya fikir solo camp ni kena masak
sendiri di hutan macam yang camping
selalu kena buat tu, rupanya makanan kena sedia pula, siap kena masak lagi tu.
Setelah 15 hari kami menempuhi segala macam rintangan yang
mendatang, akhirnya Fantastic 4 iaitu Hilda, Dahlia, Fast dan Wan berjaya jua
menamatkan misi mereka di OBS. Mereka membawa pulang pelbagai ilmu dan
pengalaman yang mereka dapat semasa berada di OBS selama 15 hari. Terasa sangat
kehilangan apabila keempat-empat mereka pulang ke tempat masing-masing kerana
ketika bersama mereka terasa suasana sentiasa penuh dengan keceriaan. Tapi apa-apa
pun, kami Fantastic 6 tetap jua meneruskan perjuangan kami yang hanya tinggal 5
hari saja lagi. Aktiviti 'scoop' iaitu membuat surat khabar untuk OBS benar-benar
menguji fokus kami untuk menyelesaikan semua tugasan itu. Almaklumlah, selama
ini kami hanya menggunakan fizikal saja untuk menyudahkan semua cabaran, tetapi
kali ini otak pula yang bekerja keras memerah idea. Huh! Macam2 ada, tidak
pandai abis-abis aktiviti ba.
Tanggal 01 Ogos 2013, kami melakukan lawatan komuniti di
Rumah Kanak-Kanak Bondulu Toboh, Tambunan (RKKBT). Ini pengalaman pertama saya melawat
kanak-kanak yatim bahkan ada jua yang yatim piatu. Semua kanak-kanak yang terdiri dari usia 3
tahun sehingga 19 tahun itu dijaga oleh para biarawati (sister). Tatkala
seorang anak bernama Angel (12) menceritakan serba sedikit mengenai kisah
hidupnya, semua orang mulai tersentuh. Saya sendiri pun macam tidak dapat tahan
sudah tu airmata tapi tetap jua menahan la. Kanak-kanak di sana sangat patuh
kepada arahan dan pandai berdikari. Di RKKBT kami melakukan aktiviti sukaneka
dengan kanak-kanak yang diatur dan diselenggarakan oleh kami Fantastic 6.
Sebelum itu, kami juga melakukan kerja amal dengan meratakan tanah di depan
rumah kanak-kanak tersebut. Pengalaman di RKKBT salah satu pengalaman yang sentiasa terlekat di hati dan
jiwa saya. Jika berpeluang, saya akan cuba untuk datang dan melawat anak-anak
di RKKBT semula. I hope so!
Akhir sekali, 'final challenge' kami berlari merentasi pantai
Beringgis Kinarut sehingga ke Pantai Melinsung yang jaraknya pergi dan balik
ialah 8 KM dan harus menamatkan larian dalam masa tidak melebihi 1 jam. Nah!
Ini kalilah, saya bukan pelari sukan bah, memanglah tidak dapat lari. Apa pun,
tetap semangat biar pun saya menamatkan larian 1 jam 7 minit. Bolehlah tu!
Pelari terpantas Douglas Lim, mengambil masa 36 minit menamatkan larian 8KM.
Usai aktiviti berlari, kami mula mengemaskan barang kami masing-masing di dalam 'dorm'. Majlis penyampaian sijil dihadiri oleh Pengarah OBS, Datuk Gabriel
William, Penolong Pengarah OBS, Encik Benjamin Benedict, semua jurulatih dan
peserta Fantastic 6.
Secara keseluruhan, OBS merupakan salah satu platform bagi
individu atau sesiapa sahaja yang mahu meneroka kekuatan dan kelemahan diri
kita dan kita masih berpeluang dan mempunyai pengetahuan bagaimana kita
mengatasi segala kepincangan yang masih ada di dalam diri kita. Banyak aktiviti
yang disediakan di OBS dan semua golongan individu boleh melibatkan diri dalam
kursus, kem jati diri dan sebagainya. Ini boleh membantu kita untuk terus
mencapai objektif kita dengan fikiran dan minda yang optimis. Terima kasih OBS
atas peluang dan pengalaman yang diberi!
Kami bersama barisan pelatih OBS yang berwibawa di GPS Park, Outward Bound Sabah.
Kami menempuh cabaran dalam ekpedisi Crocker Range yang mengambil masa 4 hari 3 malam.
Kami berkayak di Lautan China Selatan, dari Kampung Pengalat ke OBS dalam ekpedisi air.
Kami melakukan aktiviti CSR di Rumah Kanak-kanak Bondulu Toboh, Tambunan bersama kanak-kanak yang berumur 4 hingga 7 tahun.
Ditulis oleh Elly Sigim @ Ellyse
Peserta Kursus 20 Hari CHC 15th July - 3rd August 2013
Peserta Kursus 20 Hari CHC 15th July - 3rd August 2013
No comments:
Post a Comment