Tuesday, 24 September 2013

Kem Kembara Thalassaemia 2013.

Seramai 78 peserta warga Thalassaemia dan diiringi oleh 10 orang staf sokongan dari Hospital Wanita dan Kanak-kanak(HWKK) telah menyertai Program Kem Kembara Thalassaemia 2013 pada 20-22 September 2013. Kem kembara selama tiga (3) hari dua (2) malam ini adalah bertujuan bagi memupuk semangat jati diri para peserta kursus serta memberi peluang untuk mereka untuk lebih mengenali diri masing-masing selain berkongsi pengalaman hidup sebagai pesakit Thalassaemia.

Walaupun peserta kursus tersebut mempunyai kekangan diri terutama dari segi kesihatan tetapi semangat motivasi mereka tidak pernah luntur malah sungguh memberangsangkan apabila mengharungi aktiviti mencabar yang diatur oleh Outward Bound Sabah (OBS).

Mereka telah diperkenalkan dengan satu konsep pembelajaran yang ringkas iaitu "PLAN-DO-REVIEW". Para peserta kursus diberi tunjuk ajar dalam merancang dan menyelesai tugasan yang diberikan secara berpasukan. Tugasan-tugasan yang diberikan dapat merangsang minda yang cerdas; pada masa yang sama membantu meningkatkan tahap kecergasan fizikal serta emosi.

Aktiviti yang mencabar minda dan ketangkasan para peserta dalam acara 'team dynamics'.

Program yang diatur melibatkan para peserta berpeluang untuk bermalam di dalam khemah di luar bangunan (outdoor). Dengan menggunakan alas plastik dan tali, mereka mendirikan tapak perkhemahan 'seribu bintang' di kawasan OBS.

Semangat yang bersungguh-sungguh ditunjukkan oleh salah seorang peserta dalam membina
 khemahnya, bak kata pepatah - 'sediakan payung sebelum hujan'.

Aktiviti mencabar yang lain termasuklah aktiviti  'flying fox', 'rock climbing', 'tree climbing' dan 'giant's ladder'. Walaupun ada yang gayat dan rasa takut, para peserta telah menunjukkan satu semangat yang luar biasa dengan dorongan dan semangat berpasukan yang tinggi.

Aski-aksi lasak dalam acara 'Giant's ladder'. 
Malam unggun api bertemakan 'Red Indian and the Wild Wild West' telah dianjurkan pada malam yang terakhir. Masakan ala BBQ dinikmati sambil menyaksikan kilauan matahari yang terbenam dari pantai OBS menyerikan suasana. Setiap kumpulan diberikan lapan minit bagi mempersembahkan bakat-bakat yang terpendam sambil disaksikan oleh jemputan khas Datuk Dr. Su Thain Lian, Ketua Jabatan Paediatik Hospital Wanita dan Kanak-kanak.


Walaupun kepenatan, senyuman para peserta tetap menyerlah.
Kerjasama adalah tangga kejayaan.

Pada hari terakhir, aktiviti lasak '4WD Challenge' menjadi cabaran terakhir buat para perserta kursus. Setiap peserta kursus serta staf sokongan hospital telah diberikan sijil penghargaan atas kejayaan mengharungi dan menjayakan Program Kem Kembara Thalassaemia 2013. Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat!

Ditulis oleh
Jamie Lee

No comments:

Post a Comment

School Holiday Programme 2014

Hello there! Malaysia's school holidays are coming up in 3 weeks time. Most of you may wonder what to do during the holidays. Why n...