Monday 5 November 2012

Lawatan ke Air Terjun Mahua


Pada 24 Oktober yang lalu, seramai 32 orang kakitangan Outward Bound Sabah (OBS) telah mengikuti lawatan ke Air Terjun Mahua yang bertempat di Tambunan, Sabah. Saya, Cecilia sebagai pengerusi penganjur bagi lawatan ini merasa amat bangga kerana dapat membawa kakitangan OBS datang ke kampung halaman saya. Semuanya kelihatan sungguh gembira dan teruja untuk datang menikmati keindahan semulajadi yang ada di Air Terjun Mahua. Sememangnya lawatan seumpama ini merupakan satu inisiatif yang baik untuk kakitangan OBS kerana ianya dapat merapatkan lagi hubungan silatuhrahim dan semangat setia kawan antara satu sama lain.









Walaupun keadaan air terjun pada ketika itu amat sejuk sehingga mencengkam tulang namun semuanya nampak berpuas hati dan gembira kerana akhirnya berpeluang merasai keindahan alam semulajadi di air terjun Mahua. Dalam kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan OBS yang begitu 'sporting' dalam menjayakan lawatan ini. :) 

By
Cecilia Cyril
UiTM Practical Student



2 comments:

School Holiday Programme 2014

Hello there! Malaysia's school holidays are coming up in 3 weeks time. Most of you may wonder what to do during the holidays. Why n...